Tonik Hati (Liver Tonic) Al-Jabbar

Penapis Air Beralkali DRJABBAR

Friday, June 20

TEKNIK PENANAMAN HIDROPONIK

RAMAI YANG BERTANYA KAN TENTANG 
PENANAMAN HIDROPONIK
TEKNIK PENANAMAN HIDROPONIK
CARA PENANAMAN
PERALATAN HIDROPONIK
DI MANA NAK BELI PERALATAN HIDROPONIK?
PENGEDAR HIDROPONIK

DAN BANYAK LAGI....

TAK BERTEMU JAWAPAN....

BOLEH HUBUNGI NO BERIKUT UNTUK BERURUSAN:

017-6640 460

Thursday, July 29

Peralatan Penanaman Hidroponik


Alatan hidroponik
set kazzponik
set kazzponik
HARGA: RM45.00
100_2306
takung hidroponik
HARGA: RM15.00
  • Ukuran :-55cm(panjang) X 41cm (lebar) x 13cm(tinggi)
  • Untuk diisi air sebanyak 20 liter.
  • Diperbuat daripada plastik polypropylene copolyner.
  • Tidak menyerap cahaya dan kalis cahaya.
  • Permukaan dalam yang licin bagi tujuan mudah di cuci dan tidak lekat pada kotoran.
penutup polisterin
penutup polisterin
HARGA: RM10.00
  • Ukuran :- 55cm (panjang) x 41cm (lebar)
  • Mempunyai 8 lubang.
  • Berfungsi menghalang kemasukan cahaya tetapi menggalakan kemasukan udara
  • Warnanya adalah putih kerana pemantulan cahaya terhadap warna putih akan memastikan proses fotosintesis.
bakul media
bakul media
HARGA: RM0.40 Sebakul
  • 5 cm (lebar) x 5cm (tinggi)
  • Lubang yang terdapat di sekeliling tepi bakul tersebut adalah berperanan menggalakan kemasukan udara tetapi tidak bagi cahaya.
  • Lubang – lubang kecil yang berada disekeliling bawah bakul tersebut adalah untuk pertumbuhan akar dan juga cengkaman untuk menahan sayur daripada rebah.
benang media
benang media
HARGA: RM1.00 sebungkus
  • Benang adalah media pertumbuhan yang menjadi pengganti tanah di dalam sistem penanaman sayur cara hidroponik.
  • Fungsi benang adalah untuk menyerap air baja dan sebagai tempat biji benih di dalam bakul
baja hidroponik
baja hidroponik
HARGA: RM20.00
  • Mengandungi konsep ‘ chelating agent’ terutamanya ‘humates’ yang membolehkan Fe diambil oleh akar-akar pokok.
  • `Chelating agent’ dapat mengurangkan kesan peningkatan tinggi pH oleh bicarbinate yang terdapat di dalam baja dan juga membantu pengambilan nutrien oleh akar sayur. Humates juga berperanan mencegah keracunan Cu dan Fe terhadap tanaman.
  • Jika baja tidak mempunyai ‘chelating agent’, Fe akan menjadi pepejal ( prepicitate) pada dasar takung takung.
cawan penyukat
cawan penyukat
HARGA: RM0.60
  • 7cm (lebar) x 8cm (tinggi)
  • Berukuran sukatan 250 ml isipadu (lab standard beaker measurement).
  • Bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk menyukat baja dan air.
  • Sukatan baja adalah penting bagi mendapatkan pertumbuhan pokok sayur yang terbaik.
biji benih
biji benih
HARGA: RM1.50 Sepeket
  • Terdapat 2 jenis biji benih akan diberi untuk satu Set Kazzponic. Jenis-jenis benih yang disediakan oleh Kazzponic adalah:
~Sawi
~Kangkung
~Kailan
~Bayam
~salad
_______________________________________________________________
Berminat? Hubungi kami:
Email: kazzponik@yahoo.com

Thursday, July 15

Baja Cecair Serbaguna

Dapatkan Baja Cecair Serbaguna


BERAT:  500ML

SPESIFIKASI:
Sesuai untuk tanaman sayur-sayuran, bunga-bungaan, lanskap, dan tanaman jenis buah dan kekacang.

CARA PENGGUNAAN:

·Goncang botol sebelum digunakan (7-10 kali)
·1 cawan penyukat = 250ml
·1 penutup botol + 2 liter air
·Pembajaan dilakukan awal pagi atau petang
·Simpan di tempat sejuk / gelap
·Boleh dicampur dengan racun serangga / kulat

HARGA: RM20.00

Hubungi saya Untuk tempahan:

Email: kazzponik@yahoo.com


Thursday, July 8

Pengedar Baru Hidroponik (Pahang)

Tahniah Kepada Pengedar Baru Yang Dilantik

AHMAD SABRI BIN AMRE
JENGKA PAHANG
TEL: 019-9492267


Sekiranya and aberminat Untuk menjadi pengedar kami sila hubungi saya:

Emel: kazzponik@yahoo.com

Thursday, June 24

Pengedar Terbaru Di Sabah

Tahniah kepada pengedar baru yang baru mendaftar:

Nama: TEW SOO LIAN 013-9750135
Tempat: Bongawan Sabah

Nama: TRI AGUSTINA @ ROSE 016-8137399
Tempa:  Kota Kinabalu


Hubungi pengedar kami untuk mendapatkan produk hidroponik berdekatan anda.

Maklumat lanjut:

kazzponik@yahoo.com

Thursday, June 10

Petua Nak Tanam Hidroponik

Salam Semua.. Hari ini saya nak kongsi dengan anda beberapa petua untuk tanam sayuran menggunakan set hidroponik. Silalah lihat pertua dibawah:

1) Takung Hidroponik
2) Penutup Takung (Polystyreen)
3) Bakul Media
4) Media : Benang
5) Baja Hidroponik
6) Cawan Penyukat Baja (250 ml)
7) Biji Benih - pilihan sendiri


PETUA PERTAMA

  • Masukkan air dalam bekas takungan separas 3 suku bekas atau lebih kurang 18 liter.
  • Peringatan:* Jika air paip atau air dari tangki yang hendak digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan air tersebut didalam bekas takungan semalaman supaya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik baiknya mengambil air itu selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada ianya mengandungi bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman.
  • Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati (dilakukan pada hari ke-4 selepas penyemaian biji benih)


PETUA KEDUA
  • Media: Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih.
  • Tarik dan juntaikan benang tersebut melalui lubang dibawah bakul supaya menjadi sumbu lebih kurang 5 sm. untuk menyerap larutan baja hidroponik.
  • Pastikan setengah cawan benang masih terdapat dalam cawan.
  • Celup atau rendamkan bakul yang berisi media tadi ke dalam air larutan baja untuk melembabkan media bagi memudahkan proses percambahan.
  • Masukkan bakul media di setiap lubang penutup takungan hidroponik.
  • Pastikan sumbu benang terendam dalam air larutan baja hidroponik supaya ia dapat menyerap baja.




PETUA KETIGA
  • Masukkan 4 atau 5 biji benih diatas benang dalam setiap bakul media.
  • Pastikan biji benih basah supaya senang bercambah.
  • Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak berlaku percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.


PETUA KEEMPAT
  • Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takungan hidroponik yang diisikan dengan 18 liter air tadi. (dilakukan pada hari ke-7 selepas tanaman disemai)
  • Kacau hingga sebati.
  • Tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.
  •  *Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan kepada cahaya matahari.
Sekarang anada hanya melihat dan menunggu tanaman membuahkan hasil...

Tuesday, June 8

Bina Rumah HIdroponik Anda

Tahukah anda Rumah Hidroponik adalah tempat untuk menempatkan tanaman hidroponik.
Dengan membina Rumah Hidroponik anda sendiri anda akan dapat mengawal tanaman hidroponik anda dengan lebih selamat dan terjaga. Tanaman hidroponik akan mencapai pertumbuhan yang lebih lancar.

Berikut adalah contoh Rumah Hidroponik:


Ini adalah Contoh2 rumah yang anda boleh bina untuk menempatkan tanaman hidroponik anda.
Selamat Mencuba.