HIDROKULTUR

PENGENALAN HIDROKULTUR


























APA ITU HIDROKULTUR?

Hidrokultur adalah satu kaedah hidroponik di mana tanaman membesar menggunakan media air dan nutrien melalui tindakan kapilari. Kandungan tanah seperti LECA dan Hydroton boleh digunakan untuk membantu tanaman membesar dengan menggunakan kaedah hidroponik.Tanaman hidrokultur boleh digunakan sebagai rawatan sampingan dan ianya selalu dijual dalam bentuk sedia untuk digunakan. Selain itu, cara paling mudah untuk tanaman hidrokultur ialah dengan mengambil keratan batang dan letakkan akarnya dalam air baja kemudian letakkan di dalam bekas.

PEMINDAHAN
Pemindahan tanaman daripada tanah ke hidrokultur adalah susah tetapi ia boleh dilakukan dengan berhati-hati. Tanaman tersebut mungkin mengalami ‘trauma’ apabila menempuhi proses pemindahan jadi adalah disarankan agar anda memberi kelembapan yang tinggi dan suhu yang sederhana sementara akar yang lama ditukar dengan akar baru daripada air baja tadi. Proses ini selalunya mengambil masa 10-12 minggu. Langkah dibawah menunjukkan bagaimana untuk memindahkan tanaman atas tanah ke hidrokultur.

KENAPA PERLUNYA HIDROKULTUR?

Orang yang sukakan tanaman akan menghargai hidrokultur sebagai satu cara mudah untuk menanam. Dengan menggunkan kaedah ini, tanaman akan mendapat bekalan air dan nutrien yang cukup untuk jangka masa yang lama.

Tanaman hidrokultur mencipta keunikan dan kecantikan ruangan rumah anda serta meningkatkan kualiti hidup anda. Ianya juga membantu meningkatkan kesihatan, alam sekitar serta meningkatkan udara yang bersih.

TAHUKAH ANDA?

TANAMAN HIDROKULTUR MENINGKATKAN KUALITI UDARA DI DALAM RUMAH ANDA.

Di rumah mahupun tempat kerja udara juga boleh tercemar disebabkan oleh proses penyejatan daripada bahan pejal, perabot, peralatan elektrik atau asap rokok. Ianya telah terbukti dimana tanaman berfungsi sebagai penapis biologi kepada pencemaran. Tanaman hidrokultur boleh melawan pencemaran melalui liang stoma yang terdapat pada daun. Akar pula memainkan peranan untuk membersihkan udara. Racun seperti nikotin, formaldehyde, benzene dan phenol boleh dikurangkan menggunakan cara biologi melalui micro-organisma yang terdapat pada kawasan akar.

KEHIJAUAN DALAM KAWASAN TEMPAT KERJA AKAN MENCIPTA:

  • Keadaan yang lebih selesa melalui kelembapan udara yang lebih baik
  • Udara yang lebih segar dan bersih
  • Meningkatkan oksigen
  • Atmosfera yang menyenangkan
  • Bebas dari pencemaran seperti nikotin, formaldehyde dan sebagainya.

KESAN PSIKOLOGI DALAM BANGUNAN YANG DIHIASI TANAMAN HIDROKULTUR:

  • Meningkatkan komunikasi
  • Pekerja menjadi lebih sihat
  • Motivasi dan prestasi meningkat
  • Keadaan atmosfera mengurangkan tekanan dan kesibukan.

PENGETAHUAN HIDROKULTUR

Adakah ini adalah kaedah baru untuk tanaman dalam rumah?
Tidak. Hidrokultur telah digunakan sejak beberapa dekad yang lalu. Ia kemudian digunakan secara meluas di Eropah. Di Holland, Switzerland dan Jerman, 1/3 hingga ½ daripada tanaman dalam rumah ditanam tanpa menggunakan tanah.

Penyiraman yang berlebihan(over-watering) adalah satu penyebab utama kematian tanaman dalam rumah. Jadi bagaimana tanaman hidrokultur boleh bertahan memandangkan ianya membesar dalam air?
Jawapannya sudah tertulis dalam soalan tadi: ‘membesar dalam air’. Dalam kaedah hidrokultur, tanaman dalam rumah biasanya membesar dengan air bukan dalam air. Selagi akar pokok tidak tenggelam di dalam air, tanaman itu tidak akan mati kerana penyiraman yang berlebihan.

Apakah jenis baja yang boleh saya gunakan untuk tanaman hidrokultur?
Kini terdapat baja yang sesuai untuk tanaman hidrokultur yang membekalkan nutrient yang cukup iaitu BAJA CECAIR GREENEDEN. Cuma tambah 2liter air (bersamaan dengan 4 botol mineral kecil) untuk satu penutup botol. Ianya sangat effektif untuk tanaman hidrokultur dan tidak memberi kesan kepada kesihatan jika terminum baja ini malah ikan juga boleh hidup didalam baja ini tanpa pam oksigen dan anti klorin!

Adakah air yang digunakan untuk hidrokultur ini akan membiakkan nyamuk?

Nyamuk bertelur pada permukaan air yang bersih/bertakung. Tetapi dalam hidrokultur tiada istilah ‘permukaan air’. Ini kerana paras air yang digunakan adalah kira-kira 1 inci dari penutup/mulut bekas. Jadi, jangan bimbang akan pembiakan nyamuk dengan kaedah tanaman hidrokultur ni.Anda juga boleh memelihara ikan didalam bekas hidrokultur anda

Adakah hidrokultur sama seperti self-watering pots?
Walaupun ianya berkongsi sedikit persamaan di mana kedua-dua kaedah ini menggunakan cara pemberian air yang cukup tetapi terdapat perbezaan yang ketara antara keduanya. Hidrokultur tidak memerlukan tanah secara amnya. Ianya telah melangkah satu langkah ke hadapan dengan menukarkan tanah dengan media steril (dikenali sebagai hydroton. Dengan self-watering pots, ianya kemungkinan memerlukan penyiraman yang banyak kerana ia masih memerlukan tanah.

Bagaimana tumbuhan boleh membesar tanpa tanah?
Tanaman dalam rumah tidak memerlukan tanah untuk membesar. Tanah sebenarnya tidak diperlukan untuk kesihatan tanaman. Tanaman memerlukan udara, air, nutrient dan cahaya matahari untuk membesar yang mana memang telah disediakan melalui sistem hidrokultur ini.

TANAMAN DI RUMAH YANG MENGUNA TEKNIK HIDROKULTUR

Kesihatan HIDROKULTUR bermula di Rumah Anda

Kita semua tahu bahawa pencemaran udara di luar boleh merosakkan kesihatan kita. Melalui kajian yang dilakukan kebelakangan ini, kita tahu bahawa kualiti udara di dalam rumah lebih buruk berbanding di luar.

Sebagai generasi yang telah mencatat kemajuan, banyak rekaan-rekaan bangunan yang kedap udara (air-conditioner) dibina. Hal ini membawa kepada pendedahan terhadap ancaman pencemaran udara di dalam bangunan itu sendiri.

Mengikut kajian hampir 90% individu menghabiskan masa di luar rumah sebagai langkah penting bagi meningkatkan kesihatan. Tahap pencemaran yang tinggi membawa kepada sindrom bangunan sakit iaitu batuk kering, kegatalan kulit, pening, loya, sakit kepala, mata, hidung atau kerongkong, kesukaran untuk menumpukan perhatian kepada tugas atau pembelajaran dan alahan pada udara. Gejala-gejala ini akan reda apabila anda meninggalkan bangunan tersebut dan berada di luar bangunan dan tidak lagi terdedah kepada kualiti udara yang teruk.

Sekian lamanya kita memilih peralatan buatan manusia untuk membersihkan udara sebagai salah satu cara yang berkesan untuk mengawal pencemaran udara. Tetapi tanpa kita sedari alam semulajadi sudahpun memberi kita ubat terbaik dan penyelesaian semula jadi.

Tahukah anda, tumbuhan-tumbuhan akan menyerap bahan pencemar pada daun dan menghantar bahan toksin yang diserap ke akar mereka. Toksin-toksin tersebut akan ditukar menjadi makanan untuk tumbuh-tumbuhan. Itu adalah salah satu cara bagi tumbuh-tumbuhan untuk meneutralkan udara. Satu cara lagi adalah dengan mengeluarkan wap air, yang merupakan satu tindakan pengepaman. Aktiviti pengepaman akan menarik udara yang kotor jatuh ke kawasan akar, di mana ia adalah tempat atau punca makanan.

Penemuan kaedah terbaru iaitu penanaman hidrokultur dalam persekitaran tertutup seperti dalam bangunan atau rumah dapat membantu membaikpulihkan keadaan persekitaran dalam bangunan. Tumbuhan hidrokultur tidak mengeluarkan spora atau kulapuk dalam bangunan malah mengurangkannya.

Tahukah anda, bilik-bilik yang mempunyai tumbuh-tumbuhan 50-60 peratus bawaan bakteria. Dengan tanaman hidrokultur semua orang boleh menikmati faedah-faedah daripada yang udara bersih semulajadi dari planet kita.

Tanaman Hidrokultur amat popular di negara-negara Eropah. Mengapa? Hidrokultur adalah mudah, bersih dan anda akan dapat kejayaan lebih besar dalam meningkatkan kesihatan isi rumah anda.

Apakah tindakan anda untuk diri dan keluarga anda?


KELEBIHAN-KELEBIHAN HYDROCULTURE BERBANDING TANAMAN DI TANAH.

  • Lebih bersih daripada tanah.
  • Tiada alahan.
  • Tidak perlu menggantikan tempat pertumbuhan.
  • Bebas bau.
  • Pengudaraan punca yang bagus kerana kerikil tidak padat.
  • Bebas dari makhluk perosak – tidak lipan-lipan, sowbugs, binatang perosak cecacing atau tanah lain.
  • Pembajaan hanya sekali setiap 1 -2 bulan.
  • Zat makanan teratur.

PERCAYA ATAU TIDAK,IKAN JUGA BOLEH HIDUP DIDALAM LARUTAN BAJA KAMI!!!!!

Ikan dalam larutan baja kami

Ikan dalam larutan baja kami


No comments:

Post a Comment