Peluang Perniagaan



HIDROPONIK
Hidroponik adalah satu cabang pertanian yang masih belum mendapat perhatian para petani dan juga pengguna di Malaysia. Di negara barat, sistem ini telah lama diguna pakai. Tujuan hidroponik digunakan adalah sebagai satu cara menangani masalah kesuburan tanah yang semakin teruk disebabkan oleh pencemaran tanah. Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.
Punca pencemaran adalah disebabkan oleh aktiviti manusia sendiri yang ternyata memberi kesan kepada alam sekitar. Kesannya, tanah tidak lagi subur dan tidak sesuai digunakan untuk tujuan pertanian. Demi mengatasi masalah tersebut, hidroponik dilihat mempunyai potensi untuk menjadi satu cabang baru pertanian moden tanpa penggunaan tanah tetapi menggunakan air baja yang akan memberi nutrien penting kepada tanaman. Jika kita selami sedikit sebanyak tentang kaedah hidroponik ini dan melihat potensinya sebagai satu pertanian moden, kita pasti dapat melihat potensinya membuka peluang perniagaan kepada sesiapa sahaja yang ingin mendalami bidang pertanian tanpa tanah di Malaysia.
Justeru itu kami membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk memasarkan produk-produk hidroponik keluaran kami di seluruh Malaysia dan juga dunia antarabangsa kerana potensi unik ada produk ini menarik minat sesiapa sahaja.
PELUANG PERNIAGAAN HIDROPONIK YANG KAMI TAWARKAN:
1. Menjadi Kazz Agropreneur (Pengedar Daerah)
Kazz Agropreneur adalah pengedar daerah produk kami kepada pelanggan di daerah mereka. Modal yang diperlukan untuk menjadi Kazz Agropreneur hanya RM500.00 sahaja.
Kazz Agropreneur akan mendapat:
1. 13 Set Hidroponik (Semenanjung Malaysia Sahaja) dan 10 Set Hidroponik (Sabah dan Sarawak Sahaja)
2. 50 keping Pamphlet
3. 1 Cd Penanaman (Bertujuan untuk memudahkan anda memberi penerangan kepada pelanggan di tempat anda)
4. Surat perlantikan
5. Penghantaran percuma
2. Menjadi Stokis Negeri
Stokis Negeri adalah stokis yang akan mengedarkan produk kami pelanggan-pelanggan kami di negeri-negeri yang terdapat di Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak. Modal yang diperlukan untuk menjadi stokis negeri adalah RM12,500 bagi Semenanjung Malaysia manakala RM13,500 bagi Sabah dan Sarawak (Modal adalah tidak termasuk kos penghantaran).
Stokis negeri akan berpeluang mendapat:
  1. 25O Unit Set Hidroponik
  2. 15 Unit Takung Hidroponik
  3. 15 Unit Penutup Polisterin
  4. 50 Unit Baja Hidroponik
  5. 15 Unit Cawan Penyukat 250ml
  6. 30 Unit Bakul Media
  7. 15 Paket Biji Benih
  8. 30 Paket Benang Media
  9. 20 Unit Baja Cecair 500ml
  10. 20 Unit Baja Cecair Sprayer
  11. Surat pelantikan
  12. Cd Penanaman (Bertujuan untuk memudahkan anda memberi penerangan kepada pelanggan di tempat anda)
  13. Khidmat Nasihat di tempat Stokis Negeri selama 3 hari (Semenanjung Malaysia sahaja)
  14. 2 Bunting
  15. 5,000 Pamplet
  16. 1,000 Business Card
  17. 1 Laman web percuma untuk stokis negeri mempromosikan perniagaan mereka
KELEBIHAN MENJADI STOKIS NEGERI:
1. Mendapat keuntungan sehingga 30%.
Stokis negeri akan mendapat 30% keuntungan daripada hasil jualan.
2. Potensi pasaran yang luas
Potensi pasaran untuk hidroponik dan hidrokultur amat luas di Malaysia di mana masih tidak ramai yang menyedari potensi pasaran ini yang boleh berkembang di Malaysia dan luar negara. Justeru itu, peluang untuk berjaya dan mendapat keuntungan dalam hidroponik dan hidrokultur adalah amat tinggi.
3. Khidmat nasihat disediakan
Kami juga turut menyediakan khidmat nasihat di tempat pengedar selama 3 hari dan dari semasa ke semasa (Semenanjung Malaysia sahaja). Selama 3 hari itu, kami akan memberi maklumat tentang cara penanaman hidroponik, hidrokultur, maklumat berkenaan Set Hidroponik dan Baja Cecair untuk rujukan stokis serta apa-apa maklumat yang diperlukan stokis. CD penanaman hidroponik juga turut disertakan untuk memudahkan stokis negeri memberi penerangan kepada pelanggan di tempat mereka.
4. Boleh melantik pengedar di negeri mereka
Stokis negeri juga boleh melantik pengedar (kazz agropreneur) di negeri mereka sama ada sama ada di setiap daerah untuk menjana pendapatan.
5. Belian semula dengan harga stokis
Untuk pembelian seterusnya, stokis negeri akan mendapat potongan harga sehingga 70% daripada harga asal. Ini pastinya memberi keuntungan berganda kepada stokis negeri.
6. Nama anda/ perniagaan tersenarai di laman web utama syarikat
Kami juga akan turut menyenaraikan nama, nombor telefon serta alamat premis perniagaan stokis negeri di laman web utama kami iaituwww.kazzponik.com sebagai bantuan untuk mempromosikan perniagaan anda.

7. Pelanggan yang telah sedia ada
Kami juga turut mempunyai senarai pelanggan sedia ada yang berminat dalam penanaman hidroponik kerana kaedah perniagaan ini adalah unik dan mudah dilaksanakan. Pelanggan yang berminat atau berpotensi membeli produk hidroponik dan baja cecair di negeri berkenaan akan kami rujuk terus kepada stokis negeri.
8. Berpeluang menghadiri kursus/ seminar dengan harga diskaun
Kami juga boleh mengadakan kursus/seminar sekiranya mendapat permintaan dan sekiranya stokis negeri berminat, kami akan memberi potongan harga. Kursus/ seminar diadakan bagi memberi penerangan dan ilmu pengetahuan di samping membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat menjadi usahawan dalam bidang hidroponik dan hidrokultur.
9. Mempunyai laman web sendiri untuk mempromosikan perniagaan
Kami juga turut menyediakan laman web untuk setiap Stokis Negeri secara percuma bagi memudahkan stokis negeri mempromosikan perniagaan mereka serta memudahkan pelanggan mendapatkan produk daripada mereka.
________________________________________________________________________________
HIDROKULTUR
Hidrokultur adalah satu kaedah hidroponik di mana tanaman membesar menggunakan media air dan nutrien melalui tindakan kapilari. Dengan menggunakan kaedah ini, tanaman akan mendapat bekalan air dan nutrient yang cukup untuk jangka masa yang lama.Tanaman hidrokultur meningkatkan keunikan dan kecantikan ruangan rumah, pejabat, dan bilik anda serta meningkatkan kualiti hidup anda. Ianya juga membantu meningkatkan kesihatan, alam sekitar, serta meningkatkan udara yang bersih.
Peluang perniagaan Hidrokultur yang kami tawarkan:
Tahukah anda, tanaman hidrokultur amat penting dalam keadaan pencemaran udara di dalam bangunan atau dikenali sebagai Syndrome Sick Building yang semakin meningkat pada masa kini. Justeru itu, ramai yang kian mengambil berat tentang kesihatan udara di dalam ruangan pejabat mahupun rumah dan bilik tempat tinggal bagi memastikan kesihatan sentiasa terjamin. Dengan meningkatnya kesedaran ini, pihak kami yakin bahawa peluang perniagaan dengan hidrokultur adalah amat luas sekiranya dilakukan oleh individu yang benar-benar komited untuk perniagaan ini.
TAHUKAH ANDA???
Statistik menunjukkan kebanyakkan kita menghabiskan masa 22 jam sehari di kawasan tertutup (dalam bangunan) iaitu 8 jam di pejabat, 7 jam di rumah, 7 jam di tempat tidur. Statistik ini amat membimbangkan di mana risiko kita terdedah kepada penyakit adalah amat tinggi berikutan kita menghabiskan masa di kawasan tertutup. Justeru itu tanaman hidrokultur di tempat kerja, rumah dan bilik adalah amat penting dan ini membuka peluang perniagaan buat anda yang menyedari kepentingan hidrokultur kepada kehidupan manusia.
Yang pertama, anda perlu mempunyai bahan-bahan yang diperlukan untuk hidrokultur seperti balang kaca, baja cecair Greeneden dan pokok hidrokultur sendiri. Kami akan menyediakan balang kaca, pokok hidrokultur dan Baja Cecair Greeneden 125ml yang amat sesuai untuk tanaman hidrokultur.
Bagaimana menjana pendapatan dengan Hidrokultur?
1. Jadikan Pokok Hidrokultur sebagai tanaman hiasan majlis
Keindahan dan kecantikan pada pokok hidrokultur menjadikannya amat sesuai sebagai penyeri majlis-majlis perkahwinan, keramaian, seminar, family day dan sebagainya kerana kita sedia maklum bahawa kebanyakkan dari kita lebih tertarik untuk menggunakan pokok hiasan sebagai penghias majlis. Jadi anda boleh menggunakan kelebihan ini dengan menawarkan sewaan pokok hidrokultur anda kepada sesiapa sahaja yang berminat menyewa pokok hiasan untuk diletakkan di majlis mereka.
2. Sewakan pokok hidrokultur anda
Sewaan pokok hidrokultur juga boleh dilakukan dengan menawarkan kepada jabatan-jabatan kerajaan, premis-premis perniagaan, sekolah-sekolah, pejabat-pejabat kerajaan mahupun swasta dan sebagainya. Sewakan pokok hidrokultur anda secara bulanan dan Ini pasti memberi keuntungan jangka panjang kepada anda.
3. Hidrokultur pembersih udara semulajadi
Majoriti daripada kita sekarang begitu mementingkan kesihatan. Justeru itu, ramai yang memilih menggunakan alam semulajadi untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Ramai juga yang kian menyedari kesan daripada Syndrome Sick Building kerana pencemaran udara di dalam rumah yang begitu tinggi berbanding di luar rumah. Dengan kesedaran ini, pasti ramai yang terbuka untuk menggunakan pokok hidrokultur anda sebagai pembersih udara di dalam bilik mereka.
4. Pasar Malam
Peluang perniagaan juga terbentang luas sekiranya anda aktif untuk memasarkan produk hidrokultur anda di pasar malam mahupun pasar tani. Kita sedia maklum bahawa pasar malam/tani adalah satu medium bagi peniaga memasarkan produk mereka. Jadi anda boleh rebut peluang dengan memasarkan produk hidrokultur di pasar malam atau pasar tani untuk menjual pokok hidrokultur.
5. Promosi di rumah mahupun pejabat
Kami juga turut yakin bahawa dengan meletakkan pokok hidrokultur di tempat yang mudah dilihat ataupun di kawasan orang lalu lalang, pastinya ia akan menarik perhatian orang yang lalu lalang. Justeru itu ia membuka mata pihak lain untuk turut mencuba tanaman ini dengan membeli daripada anda. Anda boleh letak di luar rumah mahupun di pejabat anda untuk menarik perhatian rakan sekerja anda membeli daripada anda.
6. Aset wanita
Kita sedia maklum bahawa wanita amat sukakan kecantikkan termasuk juga pokok hidrokultur. Kebanyakkan wanita memilih sesuatu produk yang memberi kebaikan dari segi kesihatan dan kecantikan kepada mereka dan ahli keluarga mereka. Justeru itu, wanita pasti amat sukakan pokok hidrokultur dan pasti ramai yang berminat untuk membeli dari anda.
__________________________________________________________________________________
CEPAT REBUT PELUANG PERNIAGAAN KAMI INI. HUBUNGI:
teknikhidroponik@gmail.com

dapatkan pakej hirdoponik terbaru 2015

No comments:

Post a Comment