SAMBUTAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2009

Kami akan berada di Sambutan HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN (HPPNK) 2009 yang akan diadakan di MITC Ayer Keroh Melaka. Anda semua dijemput hadir. Kami menawarkan pelbagai barangan untuk Hidroponik dan Hidrokultur khas untuk anda.

Anda juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai pertanian Hidroponik dan Hidrokultur. Pelbagai peluang perniagaan kami tawarkan kepada anda.

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN ANDA. KUNJUNGI BOOTH KAMI DISANA SEPANJANG TEMPOH PAMERAN!


MAKLUMAT PAMERAN:

Tarikh :10 hingga 16 Ogos 2009

Tempat : Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC),Ayer Keroh, Melaka

Anjuran : Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani


Dirasmikan oleh:

Y.A.B. Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia

pada 13 Ogos 2009 (Khamis, jam 10.00 pagi).

Maklumat Lanjut Hubungi:

Pejabat: 06-2323500

019-7546867 (Cik Elsa)

HIDROPONIK ASAS AEROPONIK

Aeroponik berasal dari perkataan aero yang membawa maksud udara dan ponosyang bermaksud daya atau kerja. Aeroponik disimpulkan sebagai kaedah memberdayakan udara. Aeroponik merupakan suatu sistem hidroponik yang menggunakan udara sebagai media utama dan mendapatkan nutrisi & air melalui kabut (mist/fog) buatan. Teknik ini menempatkan tanaman dimana akar diposisikan tergantung diudara dan di tampung oleh styrofoam. Nutrisi diberikan dengan cara pengkabutan secara merata di daerah sistem perakaran.Akar tanaman yang tergantung akan menyerap larutan nutrisi tersebut.

Aplikasi utama dalam sistem aeroponik adalah tekanan (pressure) yang dihasilkan oleh selang saluran. Tekanan tinggi pada selang saluran akan menghasilkan butiran air berbentuk kabut. Permasalahan utama untuk teknik aeroponik pada umumnya adalah tekanan yang dihasilkan di selang saluran adalah kurang tinggi sehingga butiran air yang terbentuk adalah kasar. Semakin kecil butiran air maka permukaan butiran air semakin luas dan meyebabkan kandungan udara semakin banyak. Semakin banyak kandungan udara di permukaan wap air, maka kemungkinan penambatan O2 oleh butiran air semakin meningkat.

Aeropononik merupakan kaedah penanaman yang sangat efektif kerana ianya dapat menghasilkan butiran cairan halus (droplet) dalam bentuk wap air yang mempunyai kelebihan seperti lebih mudah diserap oleh tanaman. Media perakaran yang paling efektif adalah media yang mampu menyediakan dan mengirim O2 paling banyak ke perakaran tanaman. Tanah padat menyediakan 20-30 % O2 untuk akar. Media tanaman kombinasi tanpa tanah menyediakan hingga 50 % O2 dan hidroponik 80% untuk akar. Maka, aeroponik dengan langit sebagai batas memungkinkan akar memperoleh O2 hingga 99%. Inilah alasan mengapa pertumbuhan tanaman aeroponik lebih pesat daripada tanaman yang menggunakan kaedah konvensional.

Pengabutan nutrisi yang optimis diberikan secara langsung kepada akar tanaman sehingga akar dapat menyerap nutrisi dengan lebih mudah. Sisa nutrisi yang tidak menempel di akar akan kembali lagi ke larutan yang ada dibawahnya, dan akan dilarutkanlagi.

Sistem aeroponik dapat meningkatkan pertumbuhan hingga 10 x lebih cepat pada beberapa tanaman semusim berbanding dengan kaedah tanaman yang menggunakan kawasan tanah. Penghasilan pertumbuhan yang pesat adalah disebabkan oleh akar intensif memperoleh larutan nutrisi yang kaya DO dan nutrisi juga menyerap dalam sistem perakaran tanaman secara langsung tanpa media perantara. Pada kebiasaanya, sistem tanaman konvensional akan menyerap nutrisi beserta kandungan bacteria dalam sistem perakaraan. Kecepatan penyerapan nutrisi melalui kaedah tanaman aeroponik adalah mampu mencapai sehingga 135 % lebih cepat daripada kaedah hidroponik yang lain. Walau bagaimanapun sistem tanaman aeropik mempunyai kelemahannya tersendiri dimana sistem ini terlalu bergantung kepada kabut yang menghasilkan springkel. Akar tanaman ini akan lebih mudah mengering sekiranya sistem pengkabutan terganggu atau terdedah kepada udara tanpa penutup (sealed).

Perbezaan ketara antara aeroponik dan hidroponik adalah dari segi kos dan juga perlaksanaannya. Aeroponik memerlukan kos yang tinggidisebabkan alatan yang digunakan termasuk pam dan palong berteknologi tinggi. Manakala hidroponik adalah asas kepada aeroponik hanya memerlukan kos yang rendah tanpa kos pam dan palong.

Untuk negara malaysia beralih kepada teknologi Aeroponik, ianya memerlukan kos yang amat tinggi dan tenaga kerja yang mahir dalam pengendalian teknik Aeroponik. Oleh itu kami mencadangkan teknik Hidroponik sebagai asas teknologi pertanian dimasa hadapan. Di samping itu membuatkan rakyat Malaysia dapat memahirkan diri dalam teknologi pertanian baru iaitu tanaman tanpa tanah.

Berdasarkan pelan pembangunan sektor agro makanan yang dirangka, seramai111,335 orang pekerja mahir dalam industri pertanian diperlukan bagi mendokong wawasan dan menjayakan misi untuk membangunkan sektor pertanian negara menjadi satu dari penjana utama ekonomi negara.

Berbeza dengan kaedah hidroponik yang memerlukan akar tanaman terendam dalam nutrien, kaedah aeroponik memerlukan ruang udara antara akar pokok dan paip yang menyemburkan nutrien dan air untuk melembapkan dan menyuburkan pokok.

Proses penanaman bermula dengan percambahan biji benih. Setelah dua hari di dalam bilik percambahan, anak pokok itu dipindahkan ke tapak semaian dan dibiarkan selama dua minggu sebelum diletakkan di atas palong di dalam rumah hijau. Di rumah hijau itu, sayur-sayur berkenaan akan dibiarkan membesar sehingga sampai masa untuk dituai.

Palong-palong di rumah hijau itu diperbuat daripada polistyrene untuk mengelak penyerapan haba. Di bahagian tengah palong diletakkan paip yang mempunyai alat semburan yang direka khas pada jarak yang tertentu.

”Alat penyembur itu akan menyemburkan nutrien dan air yang telah disejukkan ke bahagian akar tanaman pada kekerapan tertentu. Ruang yang ada antara paip dan akar tumbuhan itu membolehkan tanaman memperoleh oksigen secukupnya untuk pembesaran yang lebih cepat dan sihat.

”Semburan air sejuk itu dapat ‘menipu’ tanaman sehingga membolehkan kita menanam sayur iklim sederhana di kawasan rendah dan panas seperti di sini,”.

Dua elemen penting dalam proses aeroponik ialah air dan bekalan elektrik. Kaedah aeroponik merupakan kaedah yang paling menjimatkan air, iaitu menggunakan kira-kira 10 peratus air yang digunakan dalam kaedah hidroponik. Lebihan air semburan di palong akan dikumpulkan dan disalurkan kembali ke tempat penyejuk untuk dikitar semula dalam proses semburan berikutnya.

Dalam situasi masa dan ekonomi sekarang, adalah amat tidak sesuai untuk kerajaan Malaysia mengimplementasikan aeroponik di sebabkan kos yang amat tinggi dan oleh kerana itu kami mencadangkan agar hidroponik diperkenalkan sebagai asas kepada pembelajaran disekolah-sekolah milik penuh kerajaan dan swasta kerana kos yang rendah.

“KEMPEN MERAKYATKAN HIDROPONIK”

TAWARAN SET HIDROKULTUR

TAWARAN SEWAAN HIDROKULTUR


APA ITU HIDROKULTUR?

Konsep penananaman pokok hiasan yang boleh di tanam di dalam rumah. Secara asasnya pokok tersebut akan di tanam dalam bekas pasu kaca dan di bubuh baja cecair. Untuk mencantikkan lagi hidroculture tersebut, di cadangkan supaya meletakkan 2/3 ekor ikan hiasan juga. Ikan boleh hidup di dalam air baja kami dan mendapat makanan melalui akar-akar pokok. Boleh juga ikan di beri makanan seminggu sekali.

KAZZ MARKETING INGIN MEMBERI TAWARAN PAKEJ SEWAAN HIDROKULTUR UNTUK:

Hotel

Set hidrokultur sesuai dijadikan perhiasan di bilik-bilik hotel, ruang legar, ruang legar, ruang kafe, tandas dan lobi hotel. Hidrokultur ini dapat menyerikan lagi di dalam hotel agar kelihatan lebih menarik. Hidrokultur ini juga sesuai untuk mengatasi stress, murung, lesu dan menjadi terapi untuk kesihatan, menceriakan suasana hotel, meneutralkan pencemaran udara dan sebagainya. Bayangkan suasana di dalam bilik hotel, dihiasi dengan tanaman hidrokultur dalam pasu berkaca dengan ikan laga, gapi dan puyu sedang berenang di sekitar akar pokok yang putih. Sungguh indah dan menenangkan fikiran.

Majlis Perkahwinan

Set Hidrokultur sesuai dijadikan perhiasan di ruangan santapan bagi raja sehari, tetapi VVIP, serta para tetamu yang hadir serta ia juga sesuai dijadikan cenderahati kepada tetamu. Hidrokultur ini juga menyerikan lagi suasana kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinan serta dapat memberikan keunikan dan kecantikan di persekitaran majlis. Justeru kami berharap mendapat sokongan dan kerjasama dari anda yang berminat untuk menjayakan majlis perkahwinan raja sehari yang diidamkan setiap insan.

Sekolah-sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan

Set Hidrokultur juga sesuai untuk mengatasi masalah stress, murung, lesu, dan menjadi media terapi untuk kesihatan, menceriakan suasana sekitar, meneutralkan pencemaran udara dan sebagainya di ruang-ruang pejabat anda tidak kira sama ada anda bekerja sendiri, kerajaan mahupun swasta. Bayangkan suasana dalam bilik pejabat dihiasi dengan tanaman hidrokultur dalam pasu berkaca dengan ikan laga, gapi dan puyu sedang berenang di sekitar akar pokok yang putih. Sungguh indah dan menenangkan fikiran. Ia juga dapat menyerikan lagi suasana di pejabat serta dapat memberikan keunikan dan kecantikan di pejabat agar kelihatan lebih menarik. Justeru dengan usaha meletakkan set hidrokultur di ruang pejabat anda, ia akan dapat membantu kerajaan menjayakan ‘Kempen Bumi Hijau’.

PAKEJ SEWAAN YANG DITAWARKAN:

  • 1 pakej sewaan: 50 set hidrokultur (minimum tempahan)
  • 1 bulan-RM500.00
  • 1 Tahun-RM5000.00
  • Perjanjian sewaan-Disediakan
  • Khidmat penyelengaraan- 2 kali sebulan

SATU SET HIDROKULTUR YANG KAMI SEDIAKAN TERDIRI DARIPADA :-

Balang kaca

Pokok hiasan

Ikan hiasan-Ikan Pelaga

JENIS POKOK HIASAN YANG KAMI SEDIAKAN:

Aglaonema Anjamani

Aglaonema Costatum F. Foxii

Aglaonema Pride of Sumatera

Aglaonema Trebuii

Alocasia Melo

Alocasia White Vein

Anthurium Pink

Anthurium Red

Anthurium White

Dieffenbachia Camilla

Dieffenbachia Excellent

Dracaena Marginata

Philodendron Imperial Red

Tradescantial Spathacea Variegata

JENIS BAJA YANG SESUAI UNTUK POKOK HIDROKULTUR


Berat: 125ml

Kini terdapat baja yang sesuai untuk tanaman hidrokultur yang membekalkan nutrient yang cukup iaitu BAJA CECAIR GREENEDEN. Cuma tambah 2liter air (bersamaan dengan 4 botol mineral kecil) untuk satu penutup botol. Ianya sangat effektif untuk tanaman hidrokultur dan tidak memberi kesan kepada kesihatan jika terminum baja ini malah ikan juga boleh hidup didalam baja ini tanpa pam oksigen dan anti klorin!

___________________________________________________________________________________

Untuk sewaan, sila hubungi kami di:

Alamat: No.88, Jalan TU2, Taman Tasik Utama, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Email: kazzponik@yahoo.com / sales@kazzponik.com

Pejabat: 06-2323500

Faks: 06-2323887

HP: 019-7546867 (Cik Elsa)

APA ITU HIDROPONIK

apa itu hidroponik [640x480]

bagaimana tumbhan bkerja [640x480]

konsep asas hidroponik [640x480]

pengenalan peralatan hidroponik [640x480]

BERTANI DENGAN HANYA TANAM-TINGGAL-TUAI 3 [640x480]

CABANG PERNIAGAAN BARU:HIDROKULTUR


KAZZ MARKETING ingin memperkenalkan peluang perniagaan baru untuk anda dalam bidang HIDROKULTUR. Terlebih dahulu mari kita belajar serba sedikit apa itu hidrokultur. Hidrokultur adalah satu kaedah hidroponik di mana tanaman membersar menggunakan media air dan nutrien melalui tindakan kapilari. Dengan menggunakan kaedah ini, tanaman akan mendapat bekalan air dan nutrien yang cukup untuk jangka masa yang lama. Tanaman hidrokultur meningkatkan keunikan dan kecantikan ruangan rumah, pejabat dan bilik anda serta meningkatkan kualiti hidup anda. Ianya juga membantu meningkatkan kesihatan, alam sekitar serta meningkatkan udara yang bersih.


APA PELUANG PERNIAGAAN DENGAN HIDROKULTUR YANG KAMI TAWARKAN?

Tahukah anda, tanaman Hidrokultur amat penting dalam keadaan pencemaran udara di dalam bangunan atau dikenali sebagai Syndrome Sick Building yang semakin meningkat pada masa kini. Justeru itu, ramai yang kian mengambil berat tentang kesihatan udara di dalam ruangan pejabat mahupun rumah dan bilik tempat tinggal bagi memastikan kesihatan sentiasa terjamin. Dengan meningkatnya kesedaran ini, pihak kami berpendapat bahawa peluang perniagaan dengan hidrokultur adalah amat luas sekiranya di lakukan oleh individu yang benar-benar komited untuk perniagaan ini.

TAHUKAH ANDA???

STATISTIK MENUNJUKKAN KEBANYAKKAN KITA MENGHABISKAN MASA 22JAM SEHARI DI KAWASAN TERTUTUP(DALAM BANGUNAN) IAITU 8 JAM DI PEJABAT, 7 JAM DI RUMAH, 7 JAM DI TEMPAT TIDUR. STATISTIK INI AMAT MEMBIMBANGKAN DI MANA RISIKO KITA TERDEDAH KEPADA PENYAKIT ADALAH AMAT TINGGI BERIKUTAN KITA MENGHABISKAN BANYAK MASA DI KAWASAN TERTUTUP.

JUSTERU ITU TANAMAN HIDROKULTUR DI TEMPAT KERJA, RUMAH DAN BILIK ADALAH AMAT PENTING DAN INI MEMBUKA PELUANG PERNIAGAAN BUAT ANDA YANG MENYEDARI KEPENTINGAN HIDROKULTUR KEPADA KEHIDUPAN MANUSIA.

Yang pertama, anda perlu mempunyai bahan-bahan yang diperlukan untuk hidrokultur seperti balang kaca, Baja Cecair Greeneden dan pokok hidrokultur sendiri. Kazz Marketing menyediakan balang kaca dan Baja Cecair Greeneden 500ml yang amat sesuai untuk tanaman hidrokultur.

1. Balang kaca

  • Kecil: RM20.00
  • Sederhana: RM30.00
  • Besar: RM40.00

2. Baja Cecair Greeneden

  • 500ml:RM20.00 sahaja.

Apa yang anda perlukan hanyalah menyediakan pokok hidrokultur dan menawarkan sewaan kepada Premis-premis perniagaan, jabatan-jabatan kerajaan, hospital-hospital kerajaan mahupun swasta, IPTA, IPTS, sekolah-sekolah dan sebagainya di tempat anda selama sebulan.

Bagi negeri Melaka, kami menyediakan perkhidmatan penyewaan bagi premis-remis perniagaan, jabatan-jabatan perniagaan, hospital-hospital kerajaan mahupun swasta, IPTA, IPTS, sekolah-sekolah dan sebagainya di tempat anda setiap satu bulan dengan minima penyewaan sebanyak 20 set sahaja.


Sekiranya berminat untuk mendapatkan hidrokultur untuk penyewaan daripada TROPICAL BIOESSENCE MARKETING , hubungi kami:

PEJABAT: 06-2323500

EMAIL: // kazzponik@yahoo.com

HOTLINE:

019-7546867 (Cik Elsa)

BERMINAT DENGAN PRODUK KAMI?

PERHATIAN, SEKIRANYA ANDA BERMINAT MENDAPATKAN PRODUK KAMI, SILA BERHUBUNG DENGAN PENGEDAR (KAZZ AGROPRENEUR) TERDEKAT KAMI DI TEMPAT ANDA. KLIK DI SINI

gambar sayur encik zul [320x200] gambar sayur pn noriah [320x200]

Antara Kazz Agropreneur iaitu Encik Zul dan Puan Noriah

KAMI JUGA MEMERLUKAN STOKIS NEGERI DI SELURUH MALAYSIA. PENDAPATAN LUMAYAN UNTUK ANDA YANG BERMINAT MENJADI STOKIS NEGERI KAMI DI TEMPAT ANDA. STOKIS NEGERI ADALAH PUSAT PENGEDARAN NEGERI YANG AKAN MENGEDARKAN PRODUK KAMI KEPADA PARA PENGEDAR (KAZZ AGROPRENEUR) DI BAWAH MEREKA. BERMINAT? SILA BERHUBUNG DENGAN CIK ELSA (019-7546867) UNTUK KETERANGAN LANJUT ATAU EMAIL KE kazzponik@yahoo.com

No comments:

Post a Comment