Cara Penanaman Hidroponik
1. Tuangkan 20 liter air ke dalam takung hidroponik (paras air kira-kira 1 inci dari atas takung)
2. Tutup takung dengan penutup polisterin
3. Potong Benang media dan gumpalkan (lihat gambar) dan masukkan ke dalam setiap bakul media dan tarik untuk membuat sumbu(lihat gambar). Pastikan lubang bakul media tertutup sepenuhnya (lihat gambar).
4. Rendam kesemua bakul media di dalam air paip (lihat gambar). Kemudian letakkan kelapan-lapan bakul media pada lubang polisterin.
5. Semaikan tiga biji benih ke dalam tiap-tiap bakul media. Oleh kerana jangka masa matang adalah berlainan, hanya satu jenis benih bagi setiap takung.
6. Pada hari ke-7, cabutkan satu daripada benih yang telah bercambah dan biarkan dua tumbuhan bagi setiap bakul.
7. Pada hari ke-4, Masukkan air ke dalam bekas dengan kira-kira 20 cawan penyukat
8. Keluarkan semua baja dan baja cecair dan masukkan ke dalam satu bekas
9. Gaulkan kesemua baja dan air sehingga rata
10. Masukkan 2 cawan baja cecair tersebut ke dalam setiap takung hidroponik
11. Gaulkan bancuhan air baja hidroponik di dalam takung hidroponik
12. Tutup baki bancuhan baja hidroponik dan simpan di tempat yang tertutup untuk kegunaan seterusnya.
* Baja Hidroponik boleh digunakan untuk 10 kali tanaman, cukup untuk 10 takung hidroponik.
____________________________________________________________________________________
SELAMAT BERJAYA UNTUK ANDA. MEMPUNYAI SOALAN? BOLEH AJUKAN KEPADA KAMI:
teknikhidroponik@gmail.com
dapatkan pakej hirdoponik terbaru 2015
Adakah syarikat anda membuat penghantaran ke malaysia timur contohnya Labuan?
ReplyDeletejika ada, berapakah kos pengangkutannya untuk satu set lengkap?
Bolehkah saya membeli bajanya saja?
Jika boleh, berapakah harga beserta kos pengangkutannya sekali?
Berapakah unit maksima yang boleh dipesan untuk sekali pesanan?
http://komunitihijaumalaysia.blogspot.com/
ReplyDeletemaklumat yg anda cari disini :)