1) Takung Hidroponik
2) Penutup Takung (Polystyreen)
3) Bakul Media
4) Media : Benang
5) Baja Hidroponik
6) Cawan Penyukat Baja (250 ml)
7) Biji Benih - pilihan sendiri
PETUA PERTAMA
- Masukkan air dalam bekas takungan separas 3 suku bekas atau lebih kurang 18 liter.
- Peringatan:* Jika air paip atau air dari tangki yang hendak digunakan untuk penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan air tersebut didalam bekas takungan semalaman supaya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik baiknya mengambil air itu selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada ianya mengandungi bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman.
- Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati (dilakukan pada hari ke-4 selepas penyemaian biji benih)
PETUA KEDUA
- Media: Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benih.
- Tarik dan juntaikan benang tersebut melalui lubang dibawah bakul supaya menjadi sumbu lebih kurang 5 sm. untuk menyerap larutan baja hidroponik.
- Pastikan setengah cawan benang masih terdapat dalam cawan.
- Celup atau rendamkan bakul yang berisi media tadi ke dalam air larutan baja untuk melembabkan media bagi memudahkan proses percambahan.
- Masukkan bakul media di setiap lubang penutup takungan hidroponik.
- Pastikan sumbu benang terendam dalam air larutan baja hidroponik supaya ia dapat menyerap baja.
PETUA KETIGA
- Masukkan 4 atau 5 biji benih diatas benang dalam setiap bakul media.
- Pastikan biji benih basah supaya senang bercambah.
- Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak berlaku percambahan, tukarkan dengan biji benih yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.
PETUA KEEMPAT
- Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takungan hidroponik yang diisikan dengan 18 liter air tadi. (dilakukan pada hari ke-7 selepas tanaman disemai)
- Kacau hingga sebati.
- Tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.
- *Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan kepada cahaya matahari.
teknikhidroponik@gmail.com
dapatkan pakej hirdoponik terbaru 2015
Brp harganya
ReplyDeleteSalam...boleh berikan pakej hidroponik terkini? Set permulaan.tq
ReplyDeleteSalam...boleh berikan pakej hidroponik terkini? Set permulaan.tq
ReplyDeletesaya di batam kepulauan riau magaimana cara order
ReplyDeleteSalam...boleh berikan pakej hidroponik terkini? Set permulaan. Berapo kos dan dimana boleh saya dpt kan nya... no whatsapp saya 0169226269
ReplyDeleteBrp harga baja nya tuan?
ReplyDeleteBrp harga baja nya tuan?
ReplyDelete...saya berminat juga...utk mencuba..
ReplyDelete