Pages

Alatan Hidroponik


Alatan hidroponik
set kazzponik
set kazzponik
HARGA: RM45.00
100_2306
takung hidroponik
HARGA: RM15.00
  • Ukuran :-55cm(panjang) X 41cm (lebar) x 13cm(tinggi)
  • Untuk diisi air sebanyak 20 liter.
  • Diperbuat daripada plastik polypropylene copolyner.
  • Tidak menyerap cahaya dan kalis cahaya.
  • Permukaan dalam yang licin bagi tujuan mudah di cuci dan tidak lekat pada kotoran.
penutup polisterin
penutup polisterin
HARGA: RM10.00
  • Ukuran :- 55cm (panjang) x 41cm (lebar)
  • Mempunyai 8 lubang.
  • Berfungsi menghalang kemasukan cahaya tetapi menggalakan kemasukan udara
  • Warnanya adalah putih kerana pemantulan cahaya terhadap warna putih akan memastikan proses fotosintesis.
bakul media
bakul media
HARGA: RM0.40 Sebakul
  • 5 cm (lebar) x 5cm (tinggi)
  • Lubang yang terdapat di sekeliling tepi bakul tersebut adalah berperanan menggalakan kemasukan udara tetapi tidak bagi cahaya.
  • Lubang – lubang kecil yang berada disekeliling bawah bakul tersebut adalah untuk pertumbuhan akar dan juga cengkaman untuk menahan sayur daripada rebah.
benang media
benang media
HARGA: RM1.00 sebungkus
  • Benang adalah media pertumbuhan yang menjadi pengganti tanah di dalam sistem penanaman sayur cara hidroponik.
  • Fungsi benang adalah untuk menyerap air baja dan sebagai tempat biji benih di dalam bakul
baja hidroponik
baja hidroponik
HARGA: RM20.00
  • Mengandungi konsep ‘ chelating agent’ terutamanya ‘humates’ yang membolehkan Fe diambil oleh akar-akar pokok.
  • `Chelating agent’ dapat mengurangkan kesan peningkatan tinggi pH oleh bicarbinate yang terdapat di dalam baja dan juga membantu pengambilan nutrien oleh akar sayur. Humates juga berperanan mencegah keracunan Cu dan Fe terhadap tanaman.
  • Jika baja tidak mempunyai ‘chelating agent’, Fe akan menjadi pepejal ( prepicitate) pada dasar takung takung.
cawan penyukat
cawan penyukat
HARGA: RM0.60
  • 7cm (lebar) x 8cm (tinggi)
  • Berukuran sukatan 250 ml isipadu (lab standard beaker measurement).
  • Bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk menyukat baja dan air.
  • Sukatan baja adalah penting bagi mendapatkan pertumbuhan pokok sayur yang terbaik.
biji benih
biji benih
HARGA: RM1.50 Sepeket
  • Terdapat 2 jenis biji benih akan diberi untuk satu Set Kazzponic. Jenis-jenis benih yang disediakan oleh Kazzponic adalah:
~Sawi
~Kangkung
~Kailan
~Bayam
~salad
_______________________________________________________________
Berminat? Hubungi kami:
Email: kazzponik@yahoo.com
Hotline: 013-6002842 Cik Ann

Baja Cecair


Apa itu Hidrokultur?


Hidrokultur boleh menggunakan baja cecair sebagai medium untuk membesar kerana ia mempunyai nutrisi yang lengkap iaitu Baja Cecair GREENEDEN. Baja cecair semulajadi ini mesra alam dan membolehkan ikan hidup di dalam pasu bersama dengan pokok anda. Hidrokultur GreenEden memudahkan penjagaan tumbuhan. Tumbuhan yang tumbuh dalam Hidrokultur GreenEden lebih sihat dan memerlukan penjagaan yang kurang berbanding tumbuhan yang di tanam di atas tanah. Hidrokultur GreenEden juga tidak memerlukan kerja-kerja menyiram dan nutrisi yang diperlukan oleh pokok.
Kami menyediakan Baja Cecair GreenEden 500ml. Baja cecair ini sememangnya sesuai untuk hidrokultur dalam rumah. Satu penutup baja cecair perlu menambah 2 liter air (dirujuk sebagai 4 botol air mineral kecil ). Prosesnya mudah sahaja cuma masukkan campuran baja ke dalam pasu kemudian, masukkan pokok kesukaan anda ke dalamnya. Ia sangat mudah untuk mengetahui masa untuk menambah air dengan melihat paras air di dalam pasu.
BAJA CECAIR
(GREENEDEN)


baja cecair kazz
baja cecair

~ BAJA CECAIR 4 LITER

baja cecair 4liter
BERAT:
  • 4Liter
SPESIFIKASI:
  • Amat sesuai untuk tanaman komersil seperti kelapa sawit, koko, jati, pokok saka, durian, mangga, dokong, cempedak dan lain-lain.
CARA PENGGUNAAN:
  • Goncang botol sebelum digunakan (7-10 kali)
  • 1 cawan penyukat = 250ml
  • 1 penutup botol + 2 liter air
  • Pembajaan dilakukan awal pagi atau petang
  • Simpan di tempat sejuk / gelap
  • Boleh dicampur dengan racun serangga / kulat
JADUAL PEMBAJAAN:
JENIS TANAMANBANCUHANKEKERAPAN DAN KADAR BANCUHAN
Tanaman komersilEg:Pokok saka Durian, mangga, cempedak, longan,dokong, kelapa sawit, koko, sentang, jati dan lain-laina) Pokok muda=½ cawan + 4 galen air
b) Pokok matang
=1 cawan + 4 galen air
a)Disembur basah pada keseluruhan pokok setiap 1 atau 2 bulan dengan kadar 500ml sepokok.b)Disembur 2 kaki dari pangkal pokok dan sekeliling pokok setiap 1 atau 2 bulan dengan kadar 1 liter sepokok.

~ BAJA CECAIR 500ML

baja_cecair_kazz_500ml
BERAT:
  • 500ML
SPESIFIKASI:
  • Sesuai untuk tanaman sayur-sayuran, bunga-bungaan, lanskap, dan tanaman jenis buah dan kekacang.
CARA PENGGUNAAN:
  • Goncang botol sebelum digunakan (7-10 kali)
  • 1 cawan penyukat = 250ml
  • 1 penutup botol + 2 liter air
  • Pembajaan dilakukan awal pagi atau petang
  • Simpan di tempat sejuk / gelap
  • Boleh dicampur dengan racun serangga / kulat
JADUAL PEMBAJAAN:
JENIS TANAMANBANCUHANKEKERAPAN DAN KADAR BANCUHAN
A. Bunga-bungaanEg:orkid, mawar, kekwa,carnation, puding dn sebagainya1 penutup +2liter air(8 cawan 250ml)Setiap 10 hari di sembur basah pada keseluruhan tanaman.
B. Sayur-sayuranEg:kangkung, sawi, kailan, salad, bayam dan sebagainya.1 penutup +2liter air(8 cawan 250ml)Setiap 10 hari di sembur basah pada keseluruhan tanaman.
C. Tanaman jenis buah dan kekacang Eg: Kacang bendi, kacang panjang, tomato, cili, dan sebagainya.a) Pokok muda- ½ cawan + 4 galen air
b) Pokok dewasa
-1 cawan + 4 galen air
Setiap 10 hari di sembur basah pada keseluruhan tanaman.
D. Rumput halaman dan landskap Eg: rumput, pokok pepagar dan tanaman reneka) Rumput halaman dan bunga-bungaan=½ cawan + 4 galen air
b) Pokok pepagar dan tanaman renek
=1 cawan + 4 galen air
Setiap 10 hari disembur basah pada keseluruhan tanaman

~ BAJA CECAIR 125ML

baja_cecair_125ml
BERAT:
  • 125ML
SPESIFIKASI:
  • Sesuai untuk tanaman sayur-sayuran, bunga-bungaan dan tanaman hidrokultur
CARA PENGGUNAAN:
  • Goncang botol sebelum digunakan (7-10 kali)
  • 1 cawan penyukat = 250ml
  • 1 penutup botol + 2 liter air
  • Pembajaan dilakukan awal pagi atau petang
  • Simpan di tempat sejuk / gelap
  • Boleh dicampur dengan racun serangga / kulat
JADUAL PEMBAJAAN:
JENIS TANAMANBANCUHANKEKERAPAN DAN KADAR BANCUHAN
A. Bunga-bungaanEg:orkid, mawar, kekwa,carnation, puding dan sebagainya1 penutup +2liter air(8 cawan 250ml)Setiap 10 hari di sembur basah pada keseluruhan tanaman.
B. Sayur-sayuranEg:kangkung, sawi, kailan, salad, bayam dan sebagainya.1 penutup +2liter air(8 cawan 250ml)Setiap 10 hari di sembur basah pada keseluruhan tanaman.
C. Tanaman HidrokulturEg: Lidah jin, keladi, pegaga,avocado dan lidah buaya.1 cawan +5liter air(20 cawan 250ml)Masukkan bancuhan baja ke dalam bekas atau balang kaca kemudian letakkan tanaman hidrokultur. Dinasihatkan masukkan ikan di dalam bekas untuk mengelakkan masalah jentik-jentik.

~ BAJA CECAIR SEMBURAN

baja_semburan_kazz
BERAT:
  • 500ML
SPESIFIKASI:
  • Boleh disembur terus pada tanaman terutamanya tanaman sayur-sayuran, bunga-bungaan, dan tanaman jenis buah dan kekacang.
CARA PENGGUNAAN:
  • Goncang botol sebelum digunakan (7-10 kali)
  • Pembajaan dilakukan awal pagi atau petang
  • Simpan di tempat sejuk / gelap
JADUAL PENYIRAMAN:
JENIS TANAMANKEKERAPAN DAN KADAR BANCUHAN
A. Bunga-bungaan Eg:orkid, mawar, kekwa,carnation, puding dn sebagainyaSetiap 10 hari di sembur basah pada keseluruhan tanaman.
B. Sayur-sayuran Eg:kangkung, sawi, kailan, salad, bayam dan sebagainya.Setiap 10 hari di sembur basah pada keseluruhan tanaman.
C. Tanaman jenis buah dan kekacangEg: kacang bendi, kacang panjang, tomato, cili dan sebagainya.Setiap 10 hari disembur basah pada keseluruhan tanaman

BAJA CECAIR HIDROPONIK DOMESTIK




BAJA KAZZ GREENEDEN
BAJA TROPICAL BIOESSENCE MARKETING
Ekonomi dan menjimatkan 1 botol = 20 guni (50kg)
Sungguh berkesan untuk pelbagai jenis tanaman
Boleh dicampur dengan racun kulat dan racun serangga
Mengatasi masalah dan penyakit pada tanaman (jangkitan kulat)
Mudah dikendalikan
Boleh digunakan dengan pelbagai kaedah seperti drip system, sprinkler, knapsack, dll
Meningkatkan jangka hayat tanaman
Mengurangkan pembaziran keatas baja (penyerapan segera)
Penggunaan tenaga kerja yang minima
Boleh digunakan pada setiap keadaan
Menghijaukan bumi dan mesra alam
Mudah disimpan dan selamat digunakan
Menguatkan akar dan struktur tanaman
Hasil bertambah dan meningkat
Meningkatkan hasil
GAMBAR HASIL TANAMAN YANG MENGUNAKAN BAJA CECAIR KAZZ GREENEDEN
g12 g13 g15g17
g16 g3
g2 g1 5 MENGUNAKAN  BAJA CECAIR GREENEDEN
BAJA KAZZ GREENEDEN
SAYURAN

SAYURAN
___________________________________________________
Berminat untuk mencuba ? Hubungi kami di:
teknikhidroponik@gmail.com

dapatkan pakej hirdoponik terbaru 2015

Cara Penanaman Hidroponik


Cara Penanaman Hidroponik

Tuang air dalam takung [320x200]
1. Tuangkan 20 liter air ke dalam takung hidroponik (paras air kira-kira 1 inci dari atas takung)


STEP 2 [320x200]

2. Tutup takung dengan penutup polisterin


Gumpalkan benang [320x200] Buat sumbu 1 inci [320x200] pastikan lubang bakul media tutup [320x200]
3. Potong Benang media dan gumpalkan (lihat gambar) dan masukkan ke dalam setiap bakul media dan tarik untuk membuat sumbu(lihat gambar). Pastikan lubang bakul media tertutup sepenuhnya (lihat gambar).


STEP 3 [320x200] STEP 4 [320x200]
4. Rendam kesemua bakul media di dalam air paip (lihat gambar). Kemudian letakkan kelapan-lapan bakul media pada lubang polisterin.


SEMAI BENIH [320x200]
5. Semaikan tiga biji benih ke dalam tiap-tiap bakul media. Oleh kerana jangka masa matang adalah berlainan, hanya satu jenis benih bagi setiap takung.


100_2328 [320x200]
6. Pada hari ke-7, cabutkan satu daripada benih yang telah bercambah dan biarkan dua tumbuhan bagi setiap bakul.


7. Pada hari ke-4, Masukkan air ke dalam bekas dengan kira-kira 20 cawan penyukat


8. Keluarkan semua baja dan baja cecair dan masukkan ke dalam satu bekas


9. Gaulkan kesemua baja dan air sehingga rata


10. Masukkan 2 cawan baja cecair tersebut ke dalam setiap takung hidroponik


11. Gaulkan bancuhan air baja hidroponik di dalam takung hidroponik


12. Tutup baki bancuhan baja hidroponik dan simpan di tempat yang tertutup untuk kegunaan seterusnya.
* Baja Hidroponik boleh digunakan untuk 10 kali tanaman, cukup untuk 10 takung hidroponik.
____________________________________________________________________________________
SELAMAT BERJAYA UNTUK ANDA. MEMPUNYAI SOALAN? BOLEH AJUKAN KEPADA KAMI:
teknikhidroponik@gmail.com

dapatkan pakej hirdoponik terbaru 2015

HIDROKULTUR

PENGENALAN HIDROKULTUR


























APA ITU HIDROKULTUR?

Hidrokultur adalah satu kaedah hidroponik di mana tanaman membesar menggunakan media air dan nutrien melalui tindakan kapilari. Kandungan tanah seperti LECA dan Hydroton boleh digunakan untuk membantu tanaman membesar dengan menggunakan kaedah hidroponik.Tanaman hidrokultur boleh digunakan sebagai rawatan sampingan dan ianya selalu dijual dalam bentuk sedia untuk digunakan. Selain itu, cara paling mudah untuk tanaman hidrokultur ialah dengan mengambil keratan batang dan letakkan akarnya dalam air baja kemudian letakkan di dalam bekas.

PEMINDAHAN
Pemindahan tanaman daripada tanah ke hidrokultur adalah susah tetapi ia boleh dilakukan dengan berhati-hati. Tanaman tersebut mungkin mengalami ‘trauma’ apabila menempuhi proses pemindahan jadi adalah disarankan agar anda memberi kelembapan yang tinggi dan suhu yang sederhana sementara akar yang lama ditukar dengan akar baru daripada air baja tadi. Proses ini selalunya mengambil masa 10-12 minggu. Langkah dibawah menunjukkan bagaimana untuk memindahkan tanaman atas tanah ke hidrokultur.

KENAPA PERLUNYA HIDROKULTUR?

Orang yang sukakan tanaman akan menghargai hidrokultur sebagai satu cara mudah untuk menanam. Dengan menggunkan kaedah ini, tanaman akan mendapat bekalan air dan nutrien yang cukup untuk jangka masa yang lama.

Tanaman hidrokultur mencipta keunikan dan kecantikan ruangan rumah anda serta meningkatkan kualiti hidup anda. Ianya juga membantu meningkatkan kesihatan, alam sekitar serta meningkatkan udara yang bersih.

TAHUKAH ANDA?

TANAMAN HIDROKULTUR MENINGKATKAN KUALITI UDARA DI DALAM RUMAH ANDA.

Di rumah mahupun tempat kerja udara juga boleh tercemar disebabkan oleh proses penyejatan daripada bahan pejal, perabot, peralatan elektrik atau asap rokok. Ianya telah terbukti dimana tanaman berfungsi sebagai penapis biologi kepada pencemaran. Tanaman hidrokultur boleh melawan pencemaran melalui liang stoma yang terdapat pada daun. Akar pula memainkan peranan untuk membersihkan udara. Racun seperti nikotin, formaldehyde, benzene dan phenol boleh dikurangkan menggunakan cara biologi melalui micro-organisma yang terdapat pada kawasan akar.

KEHIJAUAN DALAM KAWASAN TEMPAT KERJA AKAN MENCIPTA:

  • Keadaan yang lebih selesa melalui kelembapan udara yang lebih baik
  • Udara yang lebih segar dan bersih
  • Meningkatkan oksigen
  • Atmosfera yang menyenangkan
  • Bebas dari pencemaran seperti nikotin, formaldehyde dan sebagainya.

KESAN PSIKOLOGI DALAM BANGUNAN YANG DIHIASI TANAMAN HIDROKULTUR:

  • Meningkatkan komunikasi
  • Pekerja menjadi lebih sihat
  • Motivasi dan prestasi meningkat
  • Keadaan atmosfera mengurangkan tekanan dan kesibukan.

PENGETAHUAN HIDROKULTUR

Adakah ini adalah kaedah baru untuk tanaman dalam rumah?
Tidak. Hidrokultur telah digunakan sejak beberapa dekad yang lalu. Ia kemudian digunakan secara meluas di Eropah. Di Holland, Switzerland dan Jerman, 1/3 hingga ½ daripada tanaman dalam rumah ditanam tanpa menggunakan tanah.

Penyiraman yang berlebihan(over-watering) adalah satu penyebab utama kematian tanaman dalam rumah. Jadi bagaimana tanaman hidrokultur boleh bertahan memandangkan ianya membesar dalam air?
Jawapannya sudah tertulis dalam soalan tadi: ‘membesar dalam air’. Dalam kaedah hidrokultur, tanaman dalam rumah biasanya membesar dengan air bukan dalam air. Selagi akar pokok tidak tenggelam di dalam air, tanaman itu tidak akan mati kerana penyiraman yang berlebihan.

Apakah jenis baja yang boleh saya gunakan untuk tanaman hidrokultur?
Kini terdapat baja yang sesuai untuk tanaman hidrokultur yang membekalkan nutrient yang cukup iaitu BAJA CECAIR GREENEDEN. Cuma tambah 2liter air (bersamaan dengan 4 botol mineral kecil) untuk satu penutup botol. Ianya sangat effektif untuk tanaman hidrokultur dan tidak memberi kesan kepada kesihatan jika terminum baja ini malah ikan juga boleh hidup didalam baja ini tanpa pam oksigen dan anti klorin!

Adakah air yang digunakan untuk hidrokultur ini akan membiakkan nyamuk?

Nyamuk bertelur pada permukaan air yang bersih/bertakung. Tetapi dalam hidrokultur tiada istilah ‘permukaan air’. Ini kerana paras air yang digunakan adalah kira-kira 1 inci dari penutup/mulut bekas. Jadi, jangan bimbang akan pembiakan nyamuk dengan kaedah tanaman hidrokultur ni.Anda juga boleh memelihara ikan didalam bekas hidrokultur anda

Adakah hidrokultur sama seperti self-watering pots?
Walaupun ianya berkongsi sedikit persamaan di mana kedua-dua kaedah ini menggunakan cara pemberian air yang cukup tetapi terdapat perbezaan yang ketara antara keduanya. Hidrokultur tidak memerlukan tanah secara amnya. Ianya telah melangkah satu langkah ke hadapan dengan menukarkan tanah dengan media steril (dikenali sebagai hydroton. Dengan self-watering pots, ianya kemungkinan memerlukan penyiraman yang banyak kerana ia masih memerlukan tanah.

Bagaimana tumbuhan boleh membesar tanpa tanah?
Tanaman dalam rumah tidak memerlukan tanah untuk membesar. Tanah sebenarnya tidak diperlukan untuk kesihatan tanaman. Tanaman memerlukan udara, air, nutrient dan cahaya matahari untuk membesar yang mana memang telah disediakan melalui sistem hidrokultur ini.

TANAMAN DI RUMAH YANG MENGUNA TEKNIK HIDROKULTUR

Kesihatan HIDROKULTUR bermula di Rumah Anda

Kita semua tahu bahawa pencemaran udara di luar boleh merosakkan kesihatan kita. Melalui kajian yang dilakukan kebelakangan ini, kita tahu bahawa kualiti udara di dalam rumah lebih buruk berbanding di luar.

Sebagai generasi yang telah mencatat kemajuan, banyak rekaan-rekaan bangunan yang kedap udara (air-conditioner) dibina. Hal ini membawa kepada pendedahan terhadap ancaman pencemaran udara di dalam bangunan itu sendiri.

Mengikut kajian hampir 90% individu menghabiskan masa di luar rumah sebagai langkah penting bagi meningkatkan kesihatan. Tahap pencemaran yang tinggi membawa kepada sindrom bangunan sakit iaitu batuk kering, kegatalan kulit, pening, loya, sakit kepala, mata, hidung atau kerongkong, kesukaran untuk menumpukan perhatian kepada tugas atau pembelajaran dan alahan pada udara. Gejala-gejala ini akan reda apabila anda meninggalkan bangunan tersebut dan berada di luar bangunan dan tidak lagi terdedah kepada kualiti udara yang teruk.

Sekian lamanya kita memilih peralatan buatan manusia untuk membersihkan udara sebagai salah satu cara yang berkesan untuk mengawal pencemaran udara. Tetapi tanpa kita sedari alam semulajadi sudahpun memberi kita ubat terbaik dan penyelesaian semula jadi.

Tahukah anda, tumbuhan-tumbuhan akan menyerap bahan pencemar pada daun dan menghantar bahan toksin yang diserap ke akar mereka. Toksin-toksin tersebut akan ditukar menjadi makanan untuk tumbuh-tumbuhan. Itu adalah salah satu cara bagi tumbuh-tumbuhan untuk meneutralkan udara. Satu cara lagi adalah dengan mengeluarkan wap air, yang merupakan satu tindakan pengepaman. Aktiviti pengepaman akan menarik udara yang kotor jatuh ke kawasan akar, di mana ia adalah tempat atau punca makanan.

Penemuan kaedah terbaru iaitu penanaman hidrokultur dalam persekitaran tertutup seperti dalam bangunan atau rumah dapat membantu membaikpulihkan keadaan persekitaran dalam bangunan. Tumbuhan hidrokultur tidak mengeluarkan spora atau kulapuk dalam bangunan malah mengurangkannya.

Tahukah anda, bilik-bilik yang mempunyai tumbuh-tumbuhan 50-60 peratus bawaan bakteria. Dengan tanaman hidrokultur semua orang boleh menikmati faedah-faedah daripada yang udara bersih semulajadi dari planet kita.

Tanaman Hidrokultur amat popular di negara-negara Eropah. Mengapa? Hidrokultur adalah mudah, bersih dan anda akan dapat kejayaan lebih besar dalam meningkatkan kesihatan isi rumah anda.

Apakah tindakan anda untuk diri dan keluarga anda?


KELEBIHAN-KELEBIHAN HYDROCULTURE BERBANDING TANAMAN DI TANAH.

  • Lebih bersih daripada tanah.
  • Tiada alahan.
  • Tidak perlu menggantikan tempat pertumbuhan.
  • Bebas bau.
  • Pengudaraan punca yang bagus kerana kerikil tidak padat.
  • Bebas dari makhluk perosak – tidak lipan-lipan, sowbugs, binatang perosak cecacing atau tanah lain.
  • Pembajaan hanya sekali setiap 1 -2 bulan.
  • Zat makanan teratur.

PERCAYA ATAU TIDAK,IKAN JUGA BOLEH HIDUP DIDALAM LARUTAN BAJA KAMI!!!!!

Ikan dalam larutan baja kami

Ikan dalam larutan baja kami